Assalamualaikum buat pembaca-2 blog ku yg beragama Islam n Selamat sejahtera buat pembaca-2 blog ku yg non-muslim.. how are u guys ? harap nyer sihat sentiasa key..
seperti yg sedia sume maklum , kini bulan ramadhan telah pun kembali sekali lagi.. AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN ! jdi nyer , masih belum terlambat utk aku mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN utk tahun 1433 hijriah ini buat ahli keluarga , sahabat - sahabat n kepada semua umat Islam yang ada dekat muka bumi ini.. semoga bulan ramadhan kali ini penuh bermakna dgn pengisian yg mendatangkan pahala yerk ~ hehehhe..
bulan ramadhan dtg lagi.. yahoo !!
berbalik kepada tajuk utk kali nie.. kelebihan solat terawih.. hurmmm.. jgn rse niat nak pi terawih kerana nak moreh jerkk.. hehehhe.. ade ke org mcm tue ?? hewhew.. key lah , malas nak membebel dengan pjg lebar lagi.. bce lah sendiri kelebihan solat tarawih yang aku post nie.. semoga jdi pengajaran utk kamu semua..
KELEBIHAN SOLAT TARAWIH
Malam Pertama : Diampuni dosa orang - orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Malam Kedua : Diampunkan dosa orang - orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih , serta dosa - dosa kedua ibu bapanya.
Malam Ketiga : Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam - malam yang lain , semoga Allah akan mengampunkan dosa - dosa mereka.
Malam Keempat : Orang - orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang - orang yang membaca kitab - kitab Taurat , Zabur , Injil dan Al - Quran.
Malam Kelima : Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang - orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram , Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam Keenam : Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat - malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang - orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Malam Ketujuh : Seolah - olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa AS serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Firaun dan Hamman.
Malam Kelapan : Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS.
Malam Kesembilan : Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.
Malam Kesepuluh : Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
Malam Kesebelas : Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam Kedua Belas : Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya - cahaya.
Malam Ketiga Belas : Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukkan.
Malam Keempat Belas : Malaikat - malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.
Malam Kelima Belas : Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam Keenam Belas : Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam Ketujuh Belas : Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi - Nabi.
Malam Kelapan Belas : Malaikat akan menyeru : Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu ( yang masih hidup yang sudah mati ).
Malam Kesembilan Belas : Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam Kedua Puluh : Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang - orang soleh.
Malam Kedua Puluh Satu : Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Malam Kedua Puluh Dua : Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru - hara pada hari tersebut.
Malam Kedua Puluh Tiga : Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam Kedua Puluh Empat : Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang - orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.
Malam Kedua Puluh Lima : Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam Kedua Puluh Enam : Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang - orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.
Malam Kedua Puluh Tujuh : Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam Kedua Puluh Lapan : Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam Kedua Puluh Sembilan : Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Malam Ketiga Puluh : Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya ( yang bermaksud ) : Wahai hambaku ! , makanlah segala jenis buah - buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.
#renung - renungkan dan selamat beramal ! wassalam.. :)

No comments:
Post a Comment